fbpx

Kayuh depan TV pun boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gaya atlet yang dipamerkan oleh seorang lelaki di hadapan televisyen.

PETALING JAYA – Semangat sukan Olimpik Tokyo 2020 bukan sahaja dirasai dan terarah kepada atlet kebangsaan semata-mata, malah semangat itu juga turut ‘dihantui’ oleh peminat sukan tanah air.

Biarpun ramai peminat sukan terbesar dunia itu kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak pernah menghalang untuk mereka sama-sama memberikan semangat kepada atlet kebangsaan.

Satu hantaran video yang tular di media sosial Facebook sejak semalam menyaksikan seorang lelaki meniru gaya pelumba basikal trak kebangsaan Datuk Azizulhasni Awang yang kini sedang berjuang di Tokyo dalam acara kirin dan pecut individu.

Video perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila lelaki itu meniru gaya pelumba negara itu dengan mengayuh basikal senaman di hadapan televisyen sambil menonton acara perlumbaan basikal.

Gaya yang ditampilkan lelaki terbabit seakan-akan sama namun yang melucukan apabila dia tidak mengenakan baju dan memakai topi keledar mainan.

Rata-rata orang ramai menyifatkan gaya yang dilakukan lelaki terbabit mengelikan hati dan ramai juga yang berharap agar atlet kebangsaan mampu untuk membawa pulang sebutir emas dalam acara tersebut.

“Semangat abang ni lain macam, betul-betul minat ni. Inilah rakyat Malaysia yang cintakan negara. Semoga pelumba kita mampu menghadiahkan emas kepada kita,” jelas @Ainul_mardiah94.

“Kalau ada pertandingan meniru gaya atlet, aku rasa abang ni orang pertama yang menang. Mungkin boring sangat dekat rumah musim PKP ni, ini cara dia tunjukkan tanda sokongan kepada atlet negara,” kata @adikkuaiman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI