fbpx

Farmasi tiada kelulusan dikesan jual kit ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan penjualan kit ujian Covid-19 di sebuah farmasi di Terengganu baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan satu aktiviti pembekalan kit ujian kendiri Covid-19 membabitkan sebuah farmasi di Pahang yang tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati farmasi tersebut membuat pembekalan kit ujian kendiri Covid-19 itu kepada sebuah farmasi di Terengganu yang menjualnya pada harga RM60 seunit berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna.

“Siasatan mendapati farmasi di Pahang ini bukan salah satu daripada enam syarikat yang mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk mengedar dan menjual kit ujian kendiri Covid-19 kepada orang awam atau pengguna.

“Pemeriksaan bagaimanapun mendapati penandaan harga ke atas barangan tersebut dipatuhi bagi membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan harga yang dipaparkan memandangkan kit ujian kendiri Covid-19 belum disenaraikan dalam Barangan Kawalan setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Enam syarikat yang mendapat kelulusan MDA.

KPDNHEP berkata, pihaknya akan mengemukakan dapatan siasatan kepada MDA untuk tindakan selanjutnya memandangkan ianya bukan di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Pada masa sama, pengguna disaran supaya lebih berhati-hati dengan pembelian kit ujian itu di pasaran dengan membuat rujukan di laman web MDA untuk mendapatkan senarai syarikat dan produk yang telah diluluskan pengedaran dan penjualan kit
ujian Covid-19.

Laman web itu boleh dilayari di pautan https://portal.mda.gov.my/.

Untuk rekod, enam syarikat yang mendapat kelulusan MDA ialah Reszon Diagnostic International Sdn. Bhd., Citymedic Sdn. Bhd., Medinics (M). Sdn. Bhd., Global Science Sdn. Bhd., Neopharma Biotech Asia Sdn. Bhd. dan Jingga Anggun Sdn. Bhd. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI