fbpx

Lagi bungkusan barang bergerak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan satu bungkusan barang bergerak sendiri tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Satu klip video menyaksikan satu bungkusan barang yang difahamkan berada di pusat pengumpulan barangan satu syarikat penghantaran tempatan dikatakan bergerak secara sendiri kini tular di media sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika proses pengasingan barangan untuk diagihkan kepada penghantar sebelum dihantar kepada pembeli.

Dalam kejadian tersebut yang sempat dirakamkan pekerja syarikat terbabit, satu bungkusan berwarna hitam dilihat bergerak sendiri ibarat seekor ikan yang dinaikkan selepas terkena umpan pancing.

Rata-rata orang ramai berpendapat, kejadian tersebut berlaku kerana mungkin barangan yang dipesan oleh pembelinya adalah alatan elektrik atau elektronik yang dihidupkan menggunakan bateri.

“Mustahil ada orang order ikan talapia, kalau betul itu ikan sekali pun dah mati. Ini mesti mainan atau alat elektronik, mungkin masa pengeposan dia tertekan butang.

“Kalau aku dapat bungkusan ni mahu terkejut juga. Mana taknya bergerak sendiri,” jelas Firdaus_Azil.

“Korang jangan beli benda macam-macam, ntah-ntah sotong kurita tak pun jantung orang dalam tu. Sekali tengok seram pula video ni. Kalau aku jadi penghantar aku suruh penerima buka depan aku nak pastikan apa barang yang dibeli tu,” kata Rahim96. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI