fbpx

Siti Sarah dalam keadaan kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SARAH kini kritikal selepas melahirkan anak secara pembedahan.

PETALING JAYA – Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5 petang tadi, penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Berita berkaitan: Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki

“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.

Berita berkaitan: Sarah ditidurkan, bakal dibedah selamatkan bayi dalam kandungan

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya.

Berita berkaitan: Tahap oksigen menurun, Siti Sarah dikejarkan ke hospital

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko. Pagi tadi, Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas dikejarkan ke hospital sama petang semalam. – K! ONLINE

Berita berkaitan: Enam hari positif Covid-19, Siti Sarah, keluarga okey, tiada simptom teruk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI