fbpx

Enam hari positif Covid-19, Siti Sarah, keluarga okey, tiada simptom teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Siti Sarah memaparkan anak ketiganya, Matin (kanan) meraung kesakitan ketika melakukan ujian calitan Covid-19 beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Memasuki hari keenam selepas satu keluarganya disahkan positif Covid-19, penyanyi Siti Sarah memaklumkan bahawa mereka kini berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ujar Siti Sarah, 37, keadaan dia yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan baik tanpa mengalami sebarang simptom teruk, begitu juga dengan tiga anak-anaknya serta suami, Shuib.

“Alhamdulillah, sekarang ini keadaan kami masih okey. Tiada simptom teruk.

“Apa yang penting, fikiran kena kuat. Jaga makan. Positif selalu. Anggap ujian ini hadiah daripada Allah. Terus doakan kami sekeluarga,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

Dalam perkongsian berkenaan, pelantun lagu Semakin itu berkongsi sebuah video memaparkan detik ketika ketiga-tiga orang anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin meraung kesakitan ketika melakukan ujian calitan Covid-19 beberapa hari lalu.

Ujar Siti Sarah, anak ketiganya iaitu Matin merupakan seorang yang kuat dan sangat susah untuk melihatnya menangis kecuali jika benar-benar berasa sakit.

Dalam video berkenaan, Matin yang meraung kesakitan terpaksa ditenangkan dan dipeluk Shuib ketika petugas klinik yang datang ke kediaman mereka memasukkan kit ujian calitan ke dalam mulut dan lubang hidungnya.

Menerusi ruangan komen, perkongsian Siti Sarah dihujani doa daripada rakan-rakan selebriti yang memohon kesembuhan buat penyanyi itu dan keluarganya.

“Ya Allah. Semoga dipermudahkan dan beroleh kesembuhan segera,” tulis pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah dan keluarganya disahkan dijangkiti wabak pandemik berkenaan selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu positif Covid-19.

Siti Sarah dijangka melahirkan bayi keempatnya sekitar Oktober depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI