fbpx

Sarah ditidurkan, bakal dibedah selamatkan bayi dalam kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB memaklumkan perkembangan terkini Siti Sarah yang akan menjalani pembedahan petang ini.

PETALING JAYA – “Saya langsung taknak fikir benda yang tak baik, terima kasih banyak-banyak semua. Doakan supaya Sarah, kalau boleh dalam koma, dia boleh fight (terus berjuang).”

Demikian kata suami kepada Siti Sarah, Shuib dalam keadaan teresak-esak mengharapkan ada keajaiban agar isterinya yang tersayang itu diberi kesembuhan daripada virus maut, Covid-19.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad memaklumkan usai bacaan Yassin secara maya anjuran Indigital Music sebentar tadi, isterinya mungkin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan sekitar pukul 2 petang ini.

“Tadi pukul 11 pagi doktor telefon saya minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika.

“Katanya, kalau tahap oksigen okey barulah akan diteruskan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan dikomakan,” kata Shuib menangis dalam video yang turut dikongsikan dalam Instagram rasmi Indigital Music sebentar tadi.

Menerusi hantaran status berkenaan, Indigital mengesahkan, Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan sekitar pukul 2 petang sebentar lagi.

“Insya-Allah, dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” ujar pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom dalam kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI