fbpx

Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shazni Munir.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Ithnin meninggal dunia hari ini setelah beberapa minggu bergelut dengan Covid-19.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pemergian Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Amanah merupakan satu kehilangan bagi semua pihak.

“Saya amat terasa dengan kehilangan anak muda ini yang amat dekat dengan saya. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendukung Amanah.

“Semoga dikurniakan setinggi tinggi pengampunan oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI