fbpx

IPhone bakal imbas imej penderaan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi 'Messages' milik iPhone akan mengimbas imej penderaan seksual kanak-kanak untuk dinilai. -SOPA Images

CUPERTINO, California – Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple kelmarin menyatakan bahawa pihaknya akan mengimbas telefon pintar iPhone di negara berkenaan untuk sebarang imej penderaan kanak-kanak, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Ia bagi memperluaskan langkah-langkah untuk menghentikan penderaan seksual seperti yang diberitahu oleh syarikat itu sebelum ini.

Syarikat gergasi teknologi itu menyatakan, aplikasi ‘Messages’ akan menggunakan pembelajaran mesin pada peranti menggunakan teknologi dikenali sebagai ‘neuralHash‘ untuk mencari kandungan sensitif walaupun komunikasi tersebut tidak akan dibaca oleh Apple.

Sekiranya ‘neuralHash‘ menemui gambar yang diragui, ia akan dinilai oleh manusia dan mereka boleh memaklumkannya kepada pegawai penguatkuasa undang-undang bergantung kepada keadaan.

Sekiranya seorang kanak-kanak menerima gambar yang bersifat seksual, ia akan dikaburkan dan kanak-kanak tersebut akan diberi amaran dan diberitahu boleh memilih untuk tidak melihat gambar yang diterima.

Kaedah sama akan digunakan sekiranya kanak-kanak tersebut cuba menghantar gambar seksual.

Apple sedang mengemaskini aplikasi ‘Siri’ dan ‘Search’ pada perantinya dengan maklumat yang diperluas mengenai apa yang harus dilakukan jika ibu bapa dan anak-anak ‘menghadapi situasi yang tidak selamat’.

Syarikat teknologi lain termasuk Microsoft, Google dan Facebook telah berkongsi apa yang dikenali sebagai ‘senarai hash’ yang menandakan gambar penderaan seksual kanak-kanak di untuk dipadamkan.

Pada Jun 2012, 18 buah syarikat dalam Gabungan Teknologi termasuk Apple, Microsoft, Google dan Facebook membentuk pakatan untuk menyingkirkan kandungan penderaan seksual kanak-kanak dalam inisiatif yang dipanggil ‘Project Protect’.

“Perlindungan yang diperluas Apple untuk melindungi kanak-kanak adalah sesuatu perubahan yang mengagumkan.

“Dengan begitu ramai orang menggunakan produk Apple, langkah-langkah keselamatan baru ini berpotensi menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang gambar mengerikannya diedar sebagai bahan penderaan seksual,” kata John Clark yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Nasional Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi AS. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI