fbpx

[VIDEO] Syed Saddiq didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram tiga tahun lalu. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram.

Syed Saddiq, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa memindahkan wang RM100,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya yang juga hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad di No 17 & 19, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling di sini, pada 16 dan 19 Jun 2018.

Berita berkaitan: Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan

Bagi kesalahan itu, Syed Saddiq didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib serta Mohd ‘Afif Ali.

Wan Shaharuddin memohon mahkamah membenarkan ikat jamin menggunakan pakai jaminan yang sama dikenakan ketika pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Berita berkaitan: Syed Saddiq selesai bayar baki jaminan RM250,000

Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah memindahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana semua saksi pendakwaan adalah orang yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan semua permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI