fbpx

Pengantin hadir PPV tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syazwina sempat mendapatkan suntikan vaksin di PPV KLCC sebelum diijab kabulkan semalam.

PETALING JAYA – Klip video memaparkan kelibat sepasang pengantin berbusana serba putih di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menarik perhatian ramai, semalam.

Menerusi perkongsian pemilik akaun TikTok bernama @karlishhhh6 pasangan pengantin itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan PPV tersebut selepas urusan mereka selesai.

Video tersebut ditonton lebih 326,000 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial mengucapkan selamat pengantin baharu kepada pasangan mempelai berkenaan.

“Ini mesti tarikh janji temu vaksin sama dengan tarikh akad nikah. Tahniah semoga kekal sehingga ke syurga,” ucap Acunn.

“Kakak lengan baju ada zip ke? Sebab nampak susah kalau hendak selak dengan ditaburi banyak manik,” gurau Azz Ni.

“Covid-19 buat hal. Kalau koronavirus tiada, sudah tentu anda berdua sedang duduk atas pelamin tunggu tetamu datang,” komen Man Man.

“Baru sahaja saya nampak orang komen hendak pakai baju kahwin pergi vaksin. Sekali tengok sudah ada,” ujar Sis Ina.

Dalam pada itu pengantin perempuan yang bernama Syazwina Sam, 26, ketika dihubungi Kosmo! menyifatkan detik tersebut amat istimewa dan menjadi kenangan manis buat dirinya dan suami.

“Pagi sebelum akad nikah pergi cucuk vaksin dulu. Tengah hari pergi nikah pula. Terkejar-kejar ke sana ke mari tetapi pengalaman manis walaupun nikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semalam suami hanya menemani saya untuk hadir janji temu suntikan dos kedua tersebut. Memang saya tak jangka tarikhnya sama dengan tarikh akad nikah yang ditetapkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Saya cuba minta tukar kepada tarikh lain. Tetapi pihak pengurusan PPV memberi kelonggaran untuk datang lebih awal sebelum masa akad nikah. Alhamdulilah urusan kami dipermudahkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI