fbpx

Muhammad Ammar masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD AMMAR ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.

BALIK PULAU – Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang terjatuh dari penghadang besi yang patah di tingkat satu, Flat Taman Sungai Batu di sini Sabtu lalu dilaporkan masih trauma akibat kejadian itu.

Muhammad Ammar Rizqin Mohd. Fakhzan yang dikatakan mengalami pendarahan dalaman termasuk retak tempurung kepala bagaimanapun telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Pulau Pinang (HPP) Selasa lalu.

Ibunya, Nik Salina Kamaludin, 34, berkata, anak bongsunya itu masih di bawah pemantauan doktor disebabkan kecederaan dalaman pada kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Menurutnya, keadaan Muhammad Ammar kini stabil tetapi masih kurang aktif seperti sebelum ini.

“Dia mengalami trauma akibat kejadian itu. Biarpun dia dibenarkan pulang ke rumah namun doktor meminta saya memantau tahap kesihatannya agar tidak jatuh atau dihempap objek pada bahagian kepala.

“Ibu mana yang tidak risau. Saya bimbang dengan apa yang berlaku terhadapnya. Dia (Muhammad Ammar) berkali-kali meminta maaf atas kejadian berlaku dan meminta agar penghadang besi yang patah itu diikat dengan tali,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN