fbpx

Enam negeri berdepan amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Enam negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan amaran ribut petir sehingga 12 tengah hari ini sekali gus membawa kepada risiko hujan lebat di beberapa kawasan terlibat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, empat negeri lain yang menerima amaran sama antaranya ialah Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya dan Sarawak.

“Di Selangor, kawasan terlibat meliputi Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Kedah pula, antara kawasan berisiko berdepan ribut petir melibatkan Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan sekitar ibu negara mendapati hujan mula turun kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan masih berlarutan hingga kini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI