fbpx

Cuba nasib punca PPVIN sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja asing berhimpit tanpa pematuhan penjarakan fizikal di PPVIN Pusat Konvensyen Midlands.- FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib menjadi punca kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Pusat Konvesyen Midlands, Seksyen 7 di sini.

Petugas PPVIN itu, Shahrul Hazwan Sani berkata, situasi itu menyebabkan mereka yang sepatutnya layak mendapat vaksin terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan giliran mereka.

“Sebelum dibenarkan masuk ke pekarangan pusat, pihak petugas akan periksa aplikasi MySejahtera warga asing untuk pastikan mereka ada dapat sesi janji temu itu atau sebaliknya.

“Kalau tiada, petugas tidak benarkan mereka masuk dan menyuruh pulang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Shahrul Hazwan, lebih menjengkelkan apabila ada antara warga asing itu menolak untuk disuntik menggunakan vaksin Sinovac yang ditawarkan PPVIN terbabit.

Ujarnya, penolakan itu disebabkan terpedaya terhadap khabar angin bahawa Sinovac adalah tidak sebagus vaksin yang lain.

“Kita hanya mampu memberikan 2,000 dos vaksin sehari seperti yang diperuntukan kerajaan.

“PPVIN ini melakukan vaksin bagi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mulai minggu lalu,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI