fbpx

Pemerdagangan orang: Individu dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Individu yang ditahan polis di Kuala Pilah pada Ahad lalu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kes itu sedang disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah dan setelah lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan individu tertentu.

“Kita siasat dan kemudiannya kes ini akan dirujuk kepada DPP. Suspek telah dibebaskan semalam.

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dilakukan dan butirannya kita tak dedahkan kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, tadi.

Berita berkaitan: Pelawak ditahan kes pemerdagangan orang

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda.

Pelawak itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI