fbpx

Pelawak ditahan kes pemerdagangan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di daerah ini kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu diberkas dalam Ops Pintas pada pukul 10 pagi.

Operasi dijalankan hasil risikan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah  Kuala Pilah.

Menurutnya, dalam operasi sama, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

“Sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, wang tunai dan empat unit telefon bimbit dirampas dalam operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda.

Amran berkata, suspek kini direman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Mangsa yang diselamatkan telah mendapat perintah perlindungan sementara dan kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor,” katanya.

Tambah beliau, tangkapan tersebut adalah yang kedua bagi kes pemerdangan orang di daerah ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI