fbpx

Kanak-kanak dijangkiti Covid-19 meningkat di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seramai 200 orang kanak-kanak ditempatkan di 12 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kelantan sejak dua minggu lalu.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, ia melibatkan bayi berusia 28 hari hingga 12 tahun yang menjalani tempoh kuarantin bersama ibu bapa mereka di PKRC.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan apabila seramai 130 orang kanak-kanak dijangkiti Covid-19 ditempatkan di PKRC sebelum ini.

“Peningkatan itu amat membimbangkan kerana ia berpunca daripada pertambahan jumlah positif Covid-19 dalam kalangan orang dewasa.

“Kebiasaannya kanak-kanak yang positif ini merupakan pesakit tahap satu dan dua. Mereka juga akan berada bersama ibu bapa di PKRC melainkan jika ada penjaga yang kritikal yang perlu diasingkan di bilik kuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima 200 kotak barangan makanan untuk kanak-kanak yang disampaikan oleh Pemilik GMF Ideal Gift Supply, Woon Sneau Huey di PKRC Tanjung Chat di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr. Selasawati Ghazali.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Zurairie, sebelum ini, pesakit kanak-kanak ditempatkan di PKRC Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dan Institiut Latihan Perindustrian (ILP) di Pengkalan Chepa.

Katanya, bagaimanapun, disebabkan peningkatan jumlah pesakit di kedua-dua PKRC itu, kanak-kanak telah ditempatkan bersama ibu bapa mereka di semua pusat kuarantin di negeri ini.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI