fbpx

Dua pencuri durian kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar

KLANG – Kelicikan dua lelaki mencuri 400 biji durian kampung bagi membeli dadah berakhir apabila diberkas di sebuah pondok di Jalan Ikan Yu, Telok Gong di sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 40 tahun ditangkap dalam tempoh 10 minit bermula pukul 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan mereka susulan laporan daripada seorang peniaga durian berusia 26 tahun yang menyedari kehilangan 400 biji durian di Telok Gadong kira-kira pukul 8 pagi pada 23 Julai lalu.

Katanya, kesemua durian tersebut ditinggalkan mangsa di tapak niaga gerainya dengan jumlah kerugian RM1,200.

“Bertindak hasil maklumat kemudiannya membawa kepada penangkapan dua suspek selain menemui 22 peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 22.16gram serta penimbang.

“Turut dirampas peralatan yang disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah seperti sebilah pisau boleh laras, tiga spanar dan masing-masing satu alat pemutar skru dan sebuah televisyen jenama Toshiba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati durian tersebut kemudiannya dijual pada harga RM150 sahaja bagi membeli dadah bagi keperluan mereka.

Tambah Shamsul Amar, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan mencuri.

“Soal siasat terhadap mereka mengaku terlibat dengan kes tersebut bersama seorang lagi rakan suspek dikenali sebagai Sebgi.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI