fbpx

Aeril Zafrel positif Covid-19 kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL ZAFREL

PETALING JAYA – “Tahun ini dah dua kali kena, padahal duduk rumah sahaja.”

Itu pendedahan terkini pelakon popular, Aeril Zafrel memaklumkan status kesihatannya yang sekali lagi disahkan Covid-19.

Suami kepada pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal itu tutut meluahkan kehairanan, bagaimana dia boleh dijangkiti virus berkenaan walaupun hanya duduk di rumah.

“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif,” tulisnya dalam satu perkongsian Instagram sebentar tadi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya turut meluahkan rasa hairan dan pelik dengan kejadian yang menimpa Aeril.

“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Aeril. Pelik kan duduk rumah pun boleh kena.

“Boleh kena jua melalui udara, sebab ada kes tak kemana-mana pun boleh kena dan meninggal dunia kerana Covid ini,” tulis seorang netizen.

Setakat ini, Aeril tidak memperincikan situasi jangkitan Covid-19 anggota keluarganya yang lain. Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada Aeril mahupun Wawa tentang perkembangan tersebut juga masih belum mendapat maklum balas.

Terdahulu, pelakon filem pelakon filem 7 Petala Cinta itu disahkan positif virus tersebut pada Januari awal tahun ini selepas menjalani saringan di sebuah klinik swasta di ibu kota.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose dan Man Kidal juga pernah disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI