fbpx

14,400 biji telur awet dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara telur awet yang dirampas Maqis menerusi satu pemeriksaan kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 14,400 biji telur awet diimport dari China di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini kelmarin.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah kontena mendapati sebanyak 150 kotak yang berisi 14,400 biji telur dianggarkan bernilai RM21,600 dipercayai tidak mempunyai permit import sah.

“Kegagalan mengemukakan permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan diperketatkan bagi memastikan keluaran pertanian, perikanan dan haiwan yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat yang ditetapkan bagi menjamin kualiti serta selamat untuk dimakan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI