fbpx

Maqis gagalkan cubaan bawa masuk 15kg tikus salai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis menunjukkan tikus salai yang dirampas di KLIA Isnin lalu. -Foto MAQIS

SEPANG- Tindakan seorang lelaki Myanmar membawa masuk sebanyak 15 kilogram (kg) tikus salai ke negara ini gagal apabila perbuatannya itu dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, dagangan itu dibawa warga asing tersebut menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di sini.

“Kesemua tikus salai itu dikesan ketika pemeriksaan bagasi menerusi mesin pengimbas milik penumpang lelaki dari Myanmar.

“Rampasan dianggarkan bernilai RM300 itu dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pemeriksaan pegawai Maqis.” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, perbuatan mengimport haiwan tanpa permit sah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jelasnya, individu tersebut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

“Individu berkenaan juga boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Maqis sentiasa mengambil langkah serius kerana ia membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI