fbpx

Seludup tupai salai guna pesawat komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tupai salai yang dirampas Maqis Pulau Pinang di pintu masuk LTAPP, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk tupai salai tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, hari ini.

Jurucakap Maqis berkata, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis di LTAPP.

“Hasil pemeriksaan menemukan tupai salai di dalam sebuah bagasi seorang penumpang dari negara Indonesia dengan anggaran berat lapan kilogram.

“Maqis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang bagi memastikan keselamatan industri pertanian dan makanan negara terjamin,” katanya,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI