fbpx

Maqis patahkan cubaan bawa masuk cili, limau tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara hasil pertanian yang cuba dibawa masuk tanpa permit dalam pemeriksaan Maqis di Jeti Penumpang Port Dickson, kelmarin

SEREMBAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Melaka dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia telah berjaya mematahkan cubaan membawa masuk hasilan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen semasa operasi pemeriksaan yang dijalankan di Jeti Penumpang Port Dickson, kelmarin.

Maqis memaklumkan, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis kira-kira pukul 12 tengah hari mendapati terdapat segelintir penumpang feri cuba membawa masuk hasilan pertanian seperti cili segar, biji benih tumbuhan, pokok hiasan dan buah limau tanpa kelulusan permit atau perakuan seperti Permit Import MAQIS dan Sijil Fitosanitasi yang sah.

Menurutnya, cubaan berkenaan berpotensi membawa masuk serangga perosak ke dalam negara dengan menyembunyikannya di dalam bagasi pakaian bagi mengaburi pegawai penguatkuasa.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasilan pertanian tanpa permit import Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya menegaskan Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk berkenaan bagi menjamin keselamatan keluaran hasilan pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI