fbpx
PENAMPILAN Uqasha Senrose yang dipuji seperti anak patung Barbie.

Uqasha Senrose digelar Barbie Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Umum tahu pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Uqasha Senrose memiliki kejelitaan yang tiada tolok bandingannya.

Terbaharu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu meraih perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajahnya disolek persis anak patung.

Disolek dengan konsep patung popular. Barbie, ternyata tatarias tersebut membawa satu perubahan yang menarik pada wajah pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu.

“Rindu nak bekerja, rindu nak bermain dengan alat solek mengikut konsep. Hanya mampu throwback (imbau kembali) saja,” tulis  tunang kepada aktor Kamal Adli itu.

Difahamkan, solekan tersebut merupakan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa untuk sebuah kempen promosi sebuah produk kecantikan tempatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya memuji kecantikan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu.

“Inilah anak patung Barbie Malaysia,” tulis seorang peminatnya.

“Awak ini memang anak patung hiduplah,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Bukan hanya peminat, beberapa rakan selebriti seperi Azza Elite, Linda Rafar, Salina Saibi dan Adeline Tsen turut meluahkan komen serupa bahawa Uqasha sememangnya secantik Barbie. – K! ONLINE

POPULAR