fbpx

AS ke separuh akhir jinakkan Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sepanyol, Alejandro Abrines Redondo ketika cuba menyaingi pemain AS, Jayson Tatum pada aksi yang berlangsung hari ini. - AFP

PASUKAN bola keranjang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang juga juara bertahan Sukan Olimpik terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Sepanyol untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Pemain Amerika Syarikat, Kevin Durant menampilkan aksi bertenaga dengan menyumbang 29 mata bagi meneruskan misi peribadi memenangi Olimpik yang ketiga dnegan membantu AS menundukkan Sepanyol yang juga juara dunia, 95-81.

Jayson Tatum turut menyumbang 13 mata bersama Jrue Holiday yang menjaringkan12 mata buat skuad AS.

Bintang sensasi Sepanyol, Ricky Rubio menjaringkan 38 mata, manakal Sergio Rodriguez menambah 16 mata tetapi ia tidak memadai buat pasukan itu apabila terpaksa akur tewas kepada AS.

Pertembungan kedua-dua pasukan itu berlangsung sengit dan ini merupakan pertemuan kelima mereka sejak Olimpik 2004 di Athen dan AS berjaya memenangi kesemua perlawanan berkenaan.

AS akan menunggu lawan mereka du separuh akhir apabila Australia atau Argentina bakal membuat perhitungan pada Khamis nanti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI