fbpx

Polis kesan 47 individu terbabit perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

Kuala Lumpur – Polis sedang mengesan 47 individu yang terbabit dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini seramai 11 individu telah hadir bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

“Kita telah membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan jangikitan) 2021.

“Polis juga memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan 47 individu yang sedang dikesan ini,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 19 laporan polis diterima pihaknya di seluruh negara setakat ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohamad Hermi Abu Bakar di talian 014-9099144 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan, 11 individu dipercayai penganjur hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Himpunan yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat itu dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI