fbpx

Margasatwa cipta lagu Jepun sempena Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Margasatwa merakamkan semula single mereka, Yang Asli sebagai penghargaan buat atlet Malaysia yang bertanding dalam Olimpik Tokyo 2021.

PETALING JAYA – Bersempena Olimpik Tokyo, kumpulan Margasatwa merakamkan semula lagu mereka berjudul Yang Asli dalam versi bahasa Jepun sebagai penghormatan kepada usaha dan perjuangan pasukan atlet negara untuk mengharumkan nama negara.

Projek berkenaan sebuah kolaboratif antara Margasatwa dan CakapJepun.com, sebuah pusat pembelajaran bahasa Jepun yang ditubuhkan oleh anak tempatan, sekali gus graduan sebuah universiti di Jepun.

Kimal yang mewakili band berkata: “Kami bukan sekadar nak tujukan pada atlit Malaysia yang tengah berjuang,tapi untuk semua rakyat Malaysia yang sekarang tengah berdepan dengan pelbagai cabaran.”

“Saya telah olah lirik asal supaya lebih tepat dengan tema semangat Olimpik. Terjemahan ke dalam bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.com memberikan makna yang lebih mendalam.”

“Apa pun pencapaian oleh atlet negara pada temasya Olimpik tahun, kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh kepada mereka sewaktu menang ataupun kalah kerana mereka telah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia.”

Kimal yang merupakan vokalis dan komposer utama Margasatwa sendiri merupakan seorang graduan dari Tokai University, Jepun.

Seorang pensyarah dan alumni universiti Jepun, Dr. Abdul Nasir pula menjelaskan pada minit pertama lagu Yang Asli, pendengar akan dihidangkan dengan intro bunyi muzik Melayu dan anime, mengimbau zaman zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam. Kreatif dan klinikal.

“Ini juga sebuah hiburan berbentuk pelajaran subjek Bahasa Jepun. Para pendengar boleh merujuk kepada sari kata video muzik dalam Youtube untuk belajar sedikit sebanyak bahasa Jepun dan terjemahan dalam bahasa Melayu.” tambah Fadhil, selaku penyusun lagu dan pemain gitar utama Margasatwa.

Menyifatkan projek Yang Asli versi Jepun sebagai yang  pertama kali seumpamanya dilakukan anak seni tanah air, Margasatwa berharap inisiatif kreatif tersebut mendapat perhatian ramai pendengar muzik dan penikmat Sukan Olimpik dari Malaysia dan Jepun. Ini merupakan sebuah usaha yang baik untuk mengukuhkan hubungan dan rakyat kedua-dua buah negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI