fbpx

AS tersungkur gagal ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain AS terpaksa akur selepas mereka gagal mara ke pentas final apabila tewas 0-1 kepada Kanada sebentar tadi. - AFP

PASUKAN bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) tewas mengejut kepada musuh tradisi, Kanada pada aksi separuh akhir temasya Sukan Olimpik 2020 dengan keputusan 0-1 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kashima itu, skuad AS yang masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala Dunia 2019 gagal memberi tentangan yang diharapkan dengan Kanada lebih banyak menguasai perlawanan.

Kanada yang dibimbing oleh Bev Priestman berjaya meledak gol hasil jaringan penalti yang disudahkan oleh Jessie Fleming pada minit ke-75.

Lebih manis, ia adalah kemenangan pertama buat Kanada ke atas pasukan The Stars and Stripes itu dalam tempoh 20 tahun selepas kali terakhir mencatat kemenangan sejak Mac 2001.

AS masih berpeluang untuk meraih pingat gangsa pada aksi penentuan Khamis ini manakala Kanada akan fokus untuk pentas final pada hari Jumaat.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu sama ada Jepun atau Sweden yang beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI