fbpx

Lelaki maut terjatuh pokok manggis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang lelaki maut selepas sejam bertarung nyawa akibat kecederaan terjatuh daripada pokok manggis di Kampung Geduk semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Gemencheh berhubung kematian mangsa, Norhizan Jasman, 47, kira-kira pukul 5.55 petang.

Menurutnya, mangsa dipercayai terjatuh dari pokok manggis kira-kira pukul 5 petang berdasarkan maklumat yang diterima dari saksi kejadian di lokasi tersebut.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa memanjat pokok manggis di belakang rumah saksi kira-kira pukul 3.30 petang.

“Bagaimanapun, selepas satu jam setengah berada di atas, saksi kejadian melihat mangsa jatuh daripada pokok berkenaan dan membawanya ke klinik kesihatan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa yang maut selepas terjatuh dari pokok.

Anuwal berkata, mangsa telah diberikan rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 6.02 petang.

Menurutnya, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI