fbpx

Doktor parah nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, baru-baru ini. Gambar hiasan

GUA MUSANG – Tiga lelaki parah termasuk seorang doktor dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Kejadian 9.30 malam itu mengakibatkan pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Wan Muhamad Zakuan Wan Hassan Beshari, 30, yang bertugas di Hospital Gua Musang di sini patah tangan dan tulang selangka kanan.

Dua lagi mangsa iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Mohd. Zawawi Manshor, 51, dan anaknya, Amirul Akmal, 24, mengalami patah tulang belakang dan cedera pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, nahas dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Hilux yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian.

Katanya, insiden itu menyebabkan kenderaan tersebut masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian sisi kiri kereta dipandu doktor itu.

“Pemandu Toyota Hilux tersepit di bahagian tempat duduk sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang tiba telah membantu mengeluarkan mangsa.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan basah kerana cuaca hujan dan jalan berselekoh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Choon Foo, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI