fbpx

Maut dilanggar ketika tukar tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar Toyota Hilux ketika tukar tayar dalam kejadian di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru, Johor pagi semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas mereka dilanggar sebuah kereta ketika sedang menukar tayar kenderaan di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 11.15 pagi itu melibatkan Proton Waja dinaiki kedua-dua mangsa dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila tayar bahagian hadapan Proton Waja pecah semasa kedua-dua mangsa yang berusia 55 dan 40 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Skudai.

“Mangsa pertama memberhentikan kereta di lorong tengah jalan dan menukar tayar dibantu mangsa kedua sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang Proton Waja berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 55 tahun cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI