fbpx

MA ditemui mati seorang diri dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki berkenaan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

SEREMBAN – Seorang pembantu perubatan (MA) ditemui mati seorang diri di dalam rumah di Taman Nusa Intan di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, polis tiba di rumah itu pukul 12 tengah hari selepas menerima laporan daripada rakan lelaki tersebut.

Katanya, mangsa, P. Aravonthan, 30 disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, mayat lelaki berkenaan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, abang mangsa, P. Kaviyarasan, 32, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menghubungi adiknya pada Rabu lalu untuk bertanya khabar.

“Masa saya hubungi dia okay sahaja dan tiada menunjukkan sebarang masalah atau sakit,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI