fbpx
Haslin (tengah) ketika dibawa ke mahkamah tadi.

Bekas Pengarah JAKOA didakwa kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Dua individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengemukakan satu tuntutan palsu berjumlah RM15,000, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Haslin Abdul Razak, 46, yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kemas, Putrajaya, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Madihah Harullah.

Seorang lagi tertuduh, Mohd. Irwan Redzuan Abdullah, 44, yang juga pemilik syarikat Salju Asli Enterprise membuat pengakuan yang sama.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama iaitu Mohd. Irwan telah bersubahat dengan Haslin yang ketika itu Pengarah JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka telah mengemukakan satu invois yang prinsipalnya mempunyai kepentingan dan mengandungi butiran palsu.

Dokumen itu berkaitan pembekalan perkhidmatan makan minum sempena Majlis Ramah Mesra Pengarah JAKOA bersama penduduk Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah.

Bagaimanapun, pembekalan makan dan minum tersebut tidak dilaksanakan yang pada pengetahuan mereka adalah dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat JAKOA Negeri Sembilan/Melaka pada 6 Disember 2016.

Kedua-dua tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929