fbpx

Warga emas lampias nafsu pada kambing direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas yang menjadikan seekor kambing betina untuk melampiaskan nafsunya direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Mohamad Azrul Mohd. Sobri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini.

Suspek baju T berwarna hijau dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada pukul 9.20 pagi selepas lelaki itu ditahan di Serendah kelmarin.

Berita berkaitan: Dengan kambing pun jadi

Semalam Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melampias nafsu di Hulu Selangor.

Kejadian disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi kambing mengembek dari kandang di belakang rumahnya pada pukul 1.30 tengah hari.

Wanita itu kemudian pergi ke kandangnya dan ternampak seorang lelaki yang dikenalinya dalam keadaan separuh bogel.

Suspek segera melarikan diri dan pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI