fbpx

Orang Asli di Pos Brooke sedia hadapi PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di enam buah kampung di Pos Brooke di sini bersedia menghadapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa esok hingga 12 Ogos depan.

Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, ia merupakan langkah yang paling tepat bagi mengatasi penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan Orang Asli.

Katanya, Covid-19 merupakan wabak bahaya dan masyarakat Orang Asli juga tidak sanggup menghadapinya jika masalah itu berpanjangan.

“Kami tidak menyangka wabak Covid-19 akan sampai ke penempatan kami. Sebelum ini, masyarakat Orang Asli tidak pernah dijangkiti penyakit itu secara serius sehingga ada kes kematian baru-baru ini.

“Sebagai ketua Orang Asli di sini, saya amat mengalu-alukan jika kerajaan melaksanakan PKPD demi kebaikan masyarakat kami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, polis akan memantau pergerakan 61 buah keluarga Orang Asli yang menjalani kuarantin kendiri ketika ini.

Katanya, setakat ini, masyarakat Orang Asli di Kampung Cekau, Kampung Jedip, Kampung Sengsang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau yang didiami suku kaum Temiar mematuhi arahan pihak berkuasa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI