fbpx

Ops Selat: pegawai imigresen wanita didenda RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cassandraella (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadapi pertuduhan menerima suapan RM3,200. IHSAN SPRM.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Imigresen wanita dikenakan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah hari ini terhadap dua kesalahan menerima suapan berjumlah RM3,200 yang didepositkan ke dalam akaun bank miliknya.

Hakim Abu Bakar Manat mengenakan denda itu terhadap Cassandraella Jalius, 27, yang mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah mengeluarkan denda RM6,000 bagi setiap tuduhan dan jika gagal membayarnya, dia diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap kesalahan.

Cassandraella mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan ketika dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei lalu dan hari ini ditetapkan untuk pembentangan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Tuduhan pertama, wanita itu yang berjawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 di Bahagian Kawalan Imigresen, Balai Pelepasan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) menerima wang RM1,000 untuk dirinya tanpa balasan daripada Mohd. Shah Ezywan Abdul Rahman melalui akaun CIMB.

Tuduhan kedua, Cassandraella mengaku menerima wang RM2,200 daripada individu yang sama yang mana dia mengetahui lelaki itu mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya sebagai pegawai Imigresen.

Bagi kedua-dua tuduhan, wang itu diterima melalui mesin deposit wang tunai (CDM) masing-masing pada 7 Disember dan 30 Disember 2019 di CIMB Bank Berhad Cawangan Ranau, Pekan Ranau.

Pegawai Imigresen itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -K !ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI