fbpx

Amber Court sekali lagi dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Apartment Amber Court di Jalan Genting, Bentong, Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini susulan keputusan saringan kontak rapat bukan warganegara pada Ahad lalu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti yang mempunyai enam blok setinggi 23 tingkat dengan 741 unit itu pernah dilaksanakan PKPD pada 10 Disember lalu sebelum dilanjutkan sehingga 20 Januari lepas.

Turut dikenakan PKPD di kawasan peranginan popular itu sehingga 13 Ogos ini, ujar beliau adalah sebuah tapak pembinaan hotel mewah dikenali sebagai Grand Ion Delemon.

Tidak ketinggalan masih di Pahang, PKPD melibatkan skim tanah rancangan persekutuan dalam Daerah Lipis iaitu kawasan Felda Sungai Koyan di Mukim Ulu Jelai susulan keputusan positif membabitkan seorang kontak rapat warga tempatan di situ yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 27 Julai lalu.

“Di Terengganu, PKPD meliputi Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Daerah Kemaman manakala di Kedah pula, kawasan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling selain di Kelantan, Kampung Wek di Batu 23, Labok, Jajahan Machang dan Kampung Lucok Stol, Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas.

“Di Perak, Daerah Perak Tengah iaitu Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salah, Mukim Pasar Salak,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI