fbpx

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri.

Amaran tersebut melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 7 petang ini.

Menurut laporan MetMalaysia, kawasan yang akan dilanda ribut petir petang ini ialah seluruh Perlis manakala di Kedah pula ialah di Langkawi, Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara itu di Pulau Pinang, kawasan yang akan dilanda ribut petir ialah di Seberang Perai Selatan.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar.

Di Sarawak pula kawasan yang akan dilanda ribut petir meliputi Kuching, Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Amaran sama turut dikenakan di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI