fbpx

Shirin dituduh rampas suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIRIN SAFIRA

NAMA pelakon Shirin Safira kini disebut-sebut dalam TikTok selepas dikaitkan dengan satu skandal, kononnya perampas suami orang.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun Osama Argubu.

Dalam pendedahan tersebut, Shirin dikatakan menjadi perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang juga abang ipar kepada Osama.

Biarpun nama pelakon sinetron Azab itu tidak dinyatakan dalam pengakuan tersebut, netizen dapat menghidu bahawa selebriti yang dimaksudkan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang itu sebagai Shirin.

“Saya tahu siapa pelakon yang menjadi perampas suami orang. Orangnya ialah Shirin Safira,” ujar salah seorang pengguna TikTok.

Gara-gara tuduhan tersebut, akaun Instagram Shirin dibanjiri dengan komen netizen yang rata-rata menghentam dirinya kerana kelakuan yang dilakukan bersama suami orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI