fbpx

RON97 naik satu sen, RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik lagi satu sen kepada RM2.74 seliter berbanding RM2.73 sebelum ini bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 4 Ogos depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel buat masa ini,” katanya hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI