fbpx

Penebang cedera dihempap pokok kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberikan rawatan awal pada mangsa yang dihempap pokok kelapa dalam kejadian di Kuala Kurau pagi tadi.

KERIAN – Seorang lelaki warga emas cedera setelah dihempap sebatang pokok kelapa yang ditebang di Kampung Parit Haji Napis dekat Jalan Bagan Serai – Kuala Kurau dekat sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kepalanya.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan telah menghantar sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau ke lokasi kejadian diketuai PBK II Nasrisal Safila Abu Samad.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang manakala mangsa seorang lelaki Melayu berusia 55 tahun mengalami kecederaan pada kepala.

“Anggota telah memberikan rawatan awal dan memasang peralatan cerviccal collar untuk menyokong leher mangsa bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian tersebut.

“Kita juga telah bertindak memotong bahagian pelepah kelapa yang menghempap mangsa,” ujar kenyataan tersebut.

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas perubatan dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan selanjutnya manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.45 pagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI