fbpx

Ingkar SOP: 355 ditahan, 52 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 355 individu diberkas dengan seramai 330 dikompaun manakala 25 lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 52 premis meliputi masing-masing 10 buah kilang, 39 premis perniagaan dan tiga tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,975 kilang, 14,782 premis perniagaan, 979 tapak pembinaan dan 283 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, seramai 17 pendatang tanpa izin turut ditahan dan 25 buah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI