fbpx

13 menara komunikasi di Kudat siap Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENARA komunikasi baharu di Kampung Kabatasan, Pitas yang telah beroperasi sejak 15 Jun 2021 yang lalu. - Foto Ihsan MCMC

CYBERJAYA – Penduduk di beberapa buah kampung di Kudat, Sabah bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih pantas dan berkualiti apabila 13 lagi menara komunikasi siap secara berperingkat menjelang bulan Disember depan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan berkata, kerja-kerja pembinaan tapak menara komunikasi baharu itu sedang giat dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik.

Jelasnya, dengan adanya penambahan menara-menara komunikasi itu, ia akan memudahkan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai urusan harian seperti pembelajaran dalam talian, bekerja dari rumah (WFH) dan urusan perhubungan.

“Selain itu, kesalinghubungan internet yang lebih baik juga akan membantu memperbaiki sosioekonomi penduduk di kawasan ini melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan secara dalam talian dengan lebih lancar,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, MCMC berkata, sembilan buah menara komunikasi baharu di Kudat dan Pitas telah beroperasi sepenuhnya sejak 15 Jun lalu sekali gus memanfaatkan seramai 6,520 orang penduduk di daerah berkenaan.

Katanya, lapan menara di Kudat terletak di Kampung Kubatang, Kampung Lodung, Kampung Indarason Laut, Kampung Rondomon, Kampung Membatu, Kampung Inukiran, Kampung Panikuan, Kampung Toporoi manakala sebuah menara lagi terletak di Kampung Kabatasan di daerah Pitas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI