fbpx

Takkan nak mengharap duit suami saja – Elvina berdikari walaupun suami kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN bersuamikan lelaki kaya tetapi Elvina tetap berdikari dan enggan mengharapkan wang suami dengan menjalankan bisnes sendiri.

PETALING JAYA – Berkahwin dengan lelaki kaya dan stabil dari segi kewangan tidak boleh dijadikan tiket untuk kaum wanita goyang kaki dan selesa dengan kehidupan.

Sebaliknya, kaum wanita perlu belajar berdikari dan membina usaha sendiri sekali gus tidak bergantung harap sepenuhnya kepada suami.

Itu pendirian pelakon cantik Datin Elvina Mohamad selepas kerap menerima soalan daripada netizen yang hairan melihatnya masih berkerja seperti biasa biarpun berkahwin dengan seorang usahawan, Datuk Haniff Borhan.

“Saya selalu dapat soalan seperti ini, ‘kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya’, atau ‘kenapa susah-susah nak buat bisnes, kan suami kau dah kaya, minta sajalah suami kau duit’.

“Yang kaya tu suami saya, bukan saya! Kalau suami dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak berniaga sendiri? Apalah orang yang mentaliti macam ni,” katanya.

Kata pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, kaum wanita perlu merancang persiapan masa depan kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

“Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biarlah kecil tetapi selesa. Merancang persiapan untuk masa depan, sebab langit tak sentiasa ada awan. Kadang-kadang hujan sampai petang,” ujarnya lagi.

Tambah Elvina, 26, dia bukanlah seorang yang gemar duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, membeli-belah dan mengharapkan duit daripada suami saja.

“Tak salah kan kalau kita nak berjaya dan kaya hasil usaha sendiri. Saya berlakon sebab minat, saya buat bisnes sebab ini memang cita-cita dari dulu.

“Saya nak jadi usahawanita berjaya dan ketua yang bagus untuk bantu pasukan serta wanita di luar sana yang sama-sama nak berjaya. Jadilah positif okey,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI