BUKAN sahaja indah, Pulau Mantanani di Sabah ini juga begitu bersih tanpa sampah dan amalan kitar semula disuburkan dalam kalangan penduduk.

Pulau Mantanani bersih, penduduknya budayakan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PULAU Mantanani mungkin kurang diketahui penduduk di Semenanjung tanah air, namun pulau ini bukanlah lokasi asing terutama buat para peminat aktiviti selam skuba yang mengagumi keindahannya.

Pulau ini terletak agak jauh dari tanah besar dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan menggunakan bot laju dari pekan Kota Belud.

Penduduk-penduduk di pulau itu juga kini giat menghasilkan produk kraf tangan kitar semula malahan aktiviti mengumpul botol plastik sudah menjadi kebiasaan di setiap rumah di pulau tersebut sebelum mereka menyerahkannya kepada pusat kitar semula yang terdapat di dalam kawasan kampung.

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

 

PULAU Mantanani mungkin kedengaran janggal dan kurang diketahui penduduk di Semenanjung tanah air, namun pulau ini bukanlah lokasi asing terutama buat para peminat aktiviti selam skuba yang mengagumi kecantikan terumbu karang serta keindahan laut di sekitarnya.

Pulau ini terletak agak jauh dari tanah besar dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan menggunakan bot laju dari pekan Kota Belud.

Satu lagi hal yang mungkin kurang diketahui ramai orang, penduduk-penduduk di pulau itu juga kini giat menghasilkan produk kraf tangan kitar semula selain memanfaatkan sumber alam iaitu kelapa yang banyak di kawasan itu bagi penghasilan produk minyak kelapa dara.

Pemandangan pulau itu bukan sahaja kelihatan bersih, malahan aktiviti mengumpul botol plastik sudah menjadi kebiasaan di setiap rumah di pulau tersebut sebelum mereka menyerahkannya kepada pusat kitar semula yang terdapat di dalam kawasan kampung.

Ternyata, amalan itu nampak begitu subur dalam kalangan penduduknya.

Difahamkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Reef Check Malaysia yang memainkan peranan utama memberikan pendedahan kepada penduduk kampung berkaitan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar, selain kelebihan melakukan aktiviti kitar semula.

ANEKA produk seperti hiasan magnet peti sejuk dan dompet dihasilkan di pusat kitar semula plastik di Pulau Mantanani.

Menerusi program Cintai Mantanani yang dikendalikan Reef Check Malaysia, para penduduk telah dibimbing untuk menghasilkan produk-produk kitar semula antaranya hiasan magnet peti sejuk, dompet dan sebagainya selain memanfaatkan kelapa tua yang sebelum ini terbuang begitu saja.

Usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi penduduk di pulau itu terutama sewaktu industri pelancongan sedang terjejas ketika ini.

Pembuatan kraf tangan daripada barangan terbuang juga mendidik masyarakat pulau agar menjaga kebersihan memandangkan Pulau Mantanani antara lokasi tumpuan pelancong.

Penduduk Kampung Padang di Pulau Mantanani, Rostinah Maulana, 57, berkata, penutupan sektor pelancongan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan teruk ke atas sumber ekonomi utama dirinya yang mengusahakan inap desa.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana Reef Check Malaysia banyak membantunya dan kaum wanita lain di pulau tersebut dalam mencari sumber pendapatan lain dengan mengusahakan produk kitar semula dan penghasilan minyak kelapa dara secara tradisional.

“Tidak sangka, buah kelapa tua terbuang dan dibiarkan di tanah begitu sahaja boleh dijadikan suatu produk seperti minyak kelapa dara yang memiliki banyak khasiat serta kelebihan.

“Saya menghasilkan minyak kelapa dara ini bersama lima rakan wanita lain dan kami beruntung kerana permintaan ke atas produk ini sangat baik dan di luar jangkaan. Kami masih boleh menjana pendapatan melalui penjualan secara dalam talian walaupun ketika ini masih PKP yang merencatkan aktiviti pelancongan,” katanya.

SETIAP rumah di pulau itu mengamalkan kitar semula dengan memiliki tong sampah khas untuk mengumpulkan botol plastik.

Wanita berketurunan Bajau Ubian itu menyatakan, dia dan rakan-rakan akan memarut buah kelapa untuk mendapatkan santan serta melakukan proses penyulingan untuk menghasilkan minyak kelapa dara.

Rostinah berkata, mereka kemudiannya menghantar produk siap terbabit kepada Reef Check yang bertanggungjawab membantu proses pembotolan sebelum dijual kepada pelanggan pada harga antara RM38 sehingga RM48 sebotol.

Menjelaskan mengenai program Cintai Mantanani, Norhamsizah Enggu, 20, berkata, menerusi program ini, para penduduk diberikan pendedahan berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar serta amalan kitar semula.

ROSTINAH (tiga dari kanan) bersama penduduk-penduduk wanita yang lain menunjukkan produk minyak kepala dara yang mereka hasilkan.

Norhamsizah berkata, orang kampung telah diajar cara untuk mengasingkan sisa makanan dan botol plastik.

“Setiap rumah juga akan mempunyai tong sampah khas untuk mengumpulkan botol plastik. Botol yang sudah dikumpulkan di luar rumah akan dikutip oleh pihak kita untuk dihantar di pusat kitar semula yang terletak di Kampung Padang ini.

“Kita akan padatkan semua botol sebelum dihantar ke tanah besar setiap minggu bagi proses kitar semula,” katanya.

Norhamsizah memaklumkan, produk magnet peti sejuk dihasilkan daripada penutup botol plastik buangan.

PUSAT kitar semula ini dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk-penduduk di pulau ini.

Baru saja menamatkan pengajian dalam bidang perkhidmatan pelanggan di Baka Aircademy, Petaling Jaya, Selangor pada hujung Julai tahun lalu, Norhamsizah berkata, dia bertugas memasukkan semua botol plastik ke dalam

mesin untuk dipadatkan selain mengasingkan semua penutup botol sebelum dihancurkan.

“Selepas dihancurkan, plastik-plastik itu dileburkan sebelum dicetak di dalam acuan bagi mendapatkan hiasan magnet peti sejuk yang diinginkan,” katanya.

TERTERA pada magnet peti sejuk ini informasi yang menyatakan ia diperbuat daripada plastik kitar semula.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Program Cintai Mantanani, Melynda Cheok memaklumkan, pihaknya juga mengambil inisiatif meminta penduduk kampung membuat dompet daripada bahan-bahan terbuang.

“Penduduk kampung teruja mengikuti program ini. Kami kemudian memasarkan produk-produk dan kraf yang dihasilkan di Pulau Mantanani ini menerusi online,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN