fbpx

Pegawai tadbir MBSA mengaku tidak bersalah terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan ketika hadir pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang pegawai tadbir Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM36,000, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Azlan Dolah, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan semua pertuduhan itu, Azlan yang bertugas di MBSA Cawangan Kota Kemuning didakwa menerima wang tunai berjumlah RM36,000 daripada seorang lelaki melalui empat cek sebuah bank tanpa sebarang balasan dengan mempunyai kaitan tugas rasminya berkenaan tender Perkhidmatan Pembersihan Awam di Zon SA25(A) Seksyen 32, Shah Alam.

Pegawai Tadbir Gred N44 dengan berpendapatan bulanan sebanyak RM6,000 melakukan kesalahan itu di cawangan bank di Seksyen 15, di sini masing-masing pada 13 Jun dan 9 Julai 2014.

Sabit kesalahan, bapa kepada tiga orang anak itu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab. Wahab menawarkan jaminan RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap minggu pertama setiap bulan selain menyerahkan pasport antarabangsa milik tertuduh kepada mahkamah.

Peguam Azizul Shariman Mat Yusof bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah bagi anak guamnya dan mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin selain membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI