fbpx

Pandelela sebut sesuatu, ramai anggap ‘Malaysia spirit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman Pandalela yang dipercayai menyebut perkataan b**i selepas aksi final acara terjun di Tokyo, Jepun hari ini.

PETALING JAYA – Tindak balas spontan penerjun negara, Pandalela Rinong dengan menyebut perkataan ba** sebaik melihat keputusan akhir yang dipaparkan di papan markah acara terjun pada aksi final Sukan Olimpik Tokyo 2020 mencuit hati netizen.

Walaupun butiran sebenar perkataan itu tidak kedengaran, namun netizen mengandaikan Pandelela telah menyebut ba** berdasarkan gerakan bibir pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada 2016 itu.

Sebaik melihat vidoe tersebut, ramai netizen menyatakan ia suatu perbuatan yang spontan dan sinonim dengan rakyat Malaysia.

“Malaysia sangat, go girl, that Malaysia spirit (ini semangat Malaysia),” komen beberapa netizen.

Rakaman pendek itu kemudian tular di media sosial hari ini sebaik Pandalela menamatkan aksi final 10 meter platform seirama bersama Leong Mun Yee.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Pandalela betul-betul menyebut perkataan itu kerana audionya tidak berapa jelas.

Rata-rata rakyat Malaysia namun berpendapat jika benar Pandalela menyebut perkataan itu adalah secara tidak sengaja.

Pada aksi itu, Pandelela dan Mun Yee meraih tempat kelapan.

Kebanyakan pengguna media sosial memberi kata-kata semangat dan melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian dua atlet berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI