fbpx

Kecoh foto iblis, Caprice kata dia cuma beri petunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE selar kenapa gambar iblis yang dikongsikannya jadi kecoh.

PETALING JAYA – “Foto syaitan kecoh, gambar perempuan tak tutup aurat tak mahu viralkan pula.”

Demikian respons penyanyi rap sensasi dan aktivis Caprice apabila tindakannya memuat naik foto imej iblis dalam Instagramnya mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizan.

Ujar pemilik nama lengkap Ariz Ramli, 33, itu, dalam beberapa video InstaStory, dia hairan mengapa rakyat Malaysia sangat tertarik dan kecoh apabila dia memuat naik foto tersebut.

“Muat naik gambar syaitan satu Malaysia kecoh. Semua media buat laporan berita daripada hantaran saya.

Dengar semua, akhir zaman sudah tertulis dalam al-Quran. Saya cuma beri petunjuk apa yang akan berlaku. Kenapa nak terkejut dengan semua perkara yang sudah tertulis.

Muat naik gambar syaitan satu Malaysia kecoh tetapi beribu-ribu foto wanita tidak menutup aurat kenapa tak viral pula? Adakah saya yang gila bagi anda semua,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan Caprice sekali lagi mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik sekeping foto yang memaparkan entiti iblis dalam satu hantaran Instagramnya.

Untuk rekod, nama Caprice hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini selepas dia mula membuat pendedahan mengenai perjalanan jihadnya dan hasratnya untuk ke Gaza, Palestin yang didakwa terhalang kerana campur tangan pihak lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI