fbpx

Dewan Rakyat: Ramai kesal jadi tempat bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Khas Parlimen semalam.

PETALING JAYA – Rata-rata netizen Malaysia meluahkan rasa kesal dengan perjalanan persidangan khas Dewan Rakyat.

Mereka kecewa persidangan yang sepatutnya mencari penyelesaian kepada kemelut pandemik menjadi tempat perang mulut.

Pemilik akaun Facebook Soleh Solehah berkata, persidangan khas Dewan Rakyat semalam seolah-olah membuang masa.

“Baik di pihak kerajaan dan pembangkang sama sahaja. Bergaduh dan bertengkar seperti kanak-kanak sedangkan uban sudah memutih di kepala (rambut) masing-masing,” katanya.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran Mak Cik Kau berkata, Ahli Parlimen seolah-olah sekadar tahu menjerit.

Menurutnya, isu yang mahu diperkatakan pun seakan-akan caca marba sedangkan semua pihak perlu menjaga sikap dan lebih berhemah.

Pemilik akaun Janggut Keramat pula menegur Ahli Parlimen yang kebanyakan mereka sudah berusia tidak malu memekik.

Persidang khas Parlimen semalam mencetuskan beberapa siri kekecohan terutama berkait isu pembatalan Ordinan Darurat.

Pengguna Facebook Ahmad berkata, persidangan itu sepatutnya jadi tempat mencari jalan mengurangkan kes Covid-19, bukan berkelahi.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI