fbpx
Tertuduh dibawa keluar daripada mahkamah selepas didakwa merogol anak angkatnya di Mahkamah Sesyen Temerloh di Temerloh hari ini.

Jurukimpal dipenjara 25 tahun, 20 sebatan rogol OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH – Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini hari ini kerana merogol anak angkatnya berumur 11 tahun yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pada Jun dan Julai lalu.

Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang berumur 27 tahun mengaku bersalah selepas petuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa yang merupakan anak saudaranya yang dijaga sejak kecil sebanyak dua kali dan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Menurut kertas pertuduhan, pada pertengahan Jun lalu antara pukul 11 hingga pukul 12 tengah hari semasa berada di sebuah bilik di rumah pangsa Jalan Karak- Temerloh tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak bawah umur yang juga anak angkat yang dipelihara sejak bayi.

Bagi kesalahan kedua tertuduh sekali lagi melakukan jenayah rogol terhadap mangsa di tempat yang sama pada 19 Julai lalu kira-kira pukul 11 pagi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilah Mohd. Ali. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR