fbpx

58 pertuduhan Mansor dipindah ke Mahkamah Sesyen Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Mansor ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan kes Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ir. Mansor Musa yang didakwa atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan.

“Pertuduhan yang dihadapi tertuduh di mahkamah di sini adalah berkaitan dengan pertuduhan di hadapinya di pulau pinang dan memandagkan peguam tiada bantahan, mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth,” kata Rozina.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Asraf Mohamed Tahir memohon untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas alasan ia melibatkan dokumen selain saksi-saksi yang sama.

Dalam prosiding hari ini peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh tidak membantah dengan permohonan tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 15 Julai lalu, Mansor, 58, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 58 pertuduhan penngubahan wang haram membabitkan nilai RM9.22 juta.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke- 42 tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, pembelian saham, memindahkan wang dan pembayaran kepada kontraktor malalui beberapa buah syarikat yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan pengerusi sebuah koperasi hartanah itu boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Sementara bagi pertuduhan 43 hingga ke 58 tertuduh didakwa menerima, mengguna dan memindahkan wang daripada sebuah syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM5 juta mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan cawangan Starparc Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC di sini antara Disember 2008 hingga Mei 2015 membabitkan nilai RM9.22 juta.

Sebelum itu pada 13 Julai lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Buttorworth, atas 106 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta melibatkan kesalahan yang sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI